Penjualan ubat tidak sah, KKM keluarkan kompaun RM120 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan kompaun bernilai RM120 juta terhadap kesalahan membabitkan ubat tidak berdaftar.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata kompaun itu dikeluarkan menerusi tindakan penguatkuasaan bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik (PKDK) 1984.
00:00Kini kita bukan hanya sekadar berdepan dengan penjualan ubat-ubat yang tidak sah, kita juga berdepan dengan kebangkitan penggunaan sosial media untuk mempromosikan ubat-ubatan dan juga penjualan ubat-ubatan di platform internet seperti di Lazada dan juga Shopee.
00:19Walaupun demikian kita telah pun melakukan sesi libat urus daripada bahagian farmasi bersama dengan idagang-idagang yang ada berkenaan tentang penurunan iklan-iklan ubat dan juga dinasihatkan agar tiada penggunaan sosial media seperti live TikTok untuk menjual ataupun mempromosikan ubat-ubat terutama sekali ubat-ubat yang boleh menarik perhatian dalam penurunan berat badan dan juga produk-produk kecantikan.
00:49Kita menerima aduan, statistik menunjukkan terdapat banyak rampasan dan juga aduan telah diterima dan juga denda ubat tidak berdaftar di bawah peraturan 7-1-A PKDK 1984, kita mengenakan kompaun hampir RM120 juta telah pun kita kutip melalui kompaun-kompun yang diadakan.
01:18Kita juga menggalakkan pematuhan di dalam pemantauan penjualan iklan ubat dan kosmetik di dalam talian di mana aktiviti-aktiviti kesedaran, ceramah-ceramah dan juga dialog kita wawahkan kepada masyarakat.
01:40Kita juga muncul di media-media masa, di RTM, pegawai-pegawai kita menerangkan apakah bentuk ubat, label-label ubat yang selamat dan juga cara-cara pembuangan ubat dan juga ubat-ubat yang tidak sah yang memanjiri pasaran di Malaysia.
02:00Saya memperingatkan agar pengguna sentiasa berhati-hati dalam masa yang sama juga kita melindungi pengguna dengan amaran-amaran dan juga penguatkuasaan-penguatkuasaan yang kita buat melalui akta yang sedia ada adalah merupakan penguatkuasaan yang bukan hanya untuk menghukum tetapi untuk menyelamat nyawa-nyawa rakyat Malaysia.
Be the first to comment