Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM234,900 dalam dua serbuan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS), antara 7 malam, Selasa hingga 3 petang Rabu.
00:00Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki pengedar dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM234,900 dalam dua serbuan di daerah seberang perai tengah SPT dan seberang perai selatan SPS antara tujuh malam selasa hingga tiga petang rabu.
00:20Ketua Polis Pulau Pinang Dato' Azizi Ismail berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan ketika berada dalam sebuah kenderaan di sekitar seberang jaya oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah narkotik BSJN Ibu Pijabat Polis Daerah IPD SPT.
00:36Beliau berkata pemeriksaan menemukan 18 paket plastik lutsina berisi dadah disyaki heroin seberat 6.205 gram dan 5 paket plastik lutsina berisi dadah disyaki metafetamin seberat 1.414 gram.
00:53Terut ditemukan 97 keping kerajang aluminium mengandungi 1,470 biji pil disyaki heroin 5 dan 1 paket plastik lutsina berisi pil disyaki ekstasi seberat 57 gram.
01:07Soal siasat ke atas suspek membawa kepada serbuan susulan di sebuah kediaman di Batu Kawan yang dijadikan tempat penyimpanan dadah dan merampas 10 bungkusan plastik lutsina berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat 10.365 gram serta 20 paket plastik lutsina mengandungi dadah disyaki heroin seberat 8.969 gram.
01:29Azizi memaklumkan serbuan turut menyita sebuah motosikal dan rantai leher bernilai RM15,900 menjadikan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan RM250,800.
01:42Beliau berkata risikan mendapati sindiket pengedaran dadah itu aktif sejak pertengah tahun ini dan jumlah keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh 60,000 orang.
01:53Saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah namun mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
02:01Lelaki itu direman 7 hari sehingga 25 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dada Berbahaya ADB 1952.
02:11Lelaki itu direman 7 hari sehingga 25 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dada Berbahaya 1952.
Be the first to comment