Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kurang 12 jam selepas melarikan diri, seorang banduan diberkas semula, hasil maklumat orang ramai di Simanggang.
Transcript
00:00Kurang 12 jam selepas melarikan diri, seorang banduan diberkas semula hasil maklumat orang ramai di Simanggang.
00:07Terdahulu, suspek yang dikenalpasti sebagai John Sambang Sanggau, 38 tahun, meloloskan diri dari penjara Pusat Sri Aman sekitar jam 7.15 pagi.
00:21Banduan itu ditemukan berkeliaran di sekitar sebuah perumahan baharu di Jalan Holis, Bandar Simanggang oleh orang awam kira-kira jam 6.20 petang.
00:29Beberapa pegawai penjara kemudian mengepung sebuah rumah tidak berpenghuni sebelum berjaya menahan semula suspek.
00:35Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Deniz Munyam, suspek melarikan diri dengan memanjat pintu pagar sementara penjara tersebut yang terletak di belakang satu blok bangunan.
00:44Pihak penjara kemudian telah melakukan tindakan pencarian sebelum meminta bantuan polis sekitar 75 minit kemudian.
00:51Suspek yang merupakan pesalah berkaitan dadah dicatuhkan hukuman penjara sebulan lalu dan dijangka menamatkannya pada 24 Januari depan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended