Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru belia Malaysia dan Afrika supaya keluar daripada "mentaliti kolonial” dan budaya imperialisme, bagi memastikan masa depan yang adil dan progresif berasaskan kekuatan diri.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru belia Malaysia dan Afrika supaya keluar daripada mentaliti kolonial dan budaya imperialisme
00:08bagi memastikan masa depan yang adil dan progresif berasaskan kekuatan diri.
00:15Beliau berkata belia Malaysia dan Afrika perlu terlibat secara langsung dalam pembinaan semula negara dan ekonomi mereka sendiri.
00:21Subungan itu katanya belia mesti menimbang dan membuat keputusan sendiri dalam membentuk masa depan Afrika dan Asia selain penglibatan dalam menentukan hala tujuh negara masing-masing.
00:33Anwar berkata pemikiran sedemikian amat penting kerana walaupun beberapa dekad selepas tamat pemerintahan kolonial, masih terdapat masyarakat yang membawa kesan psikologi dan budaya penaklukan.
00:44Justru Anwar berkata jika Afrika dan Asia benar-benar ingin membina masa depan lebih baik, rakyatnya terutama golongan muda mesti memiliki keyakinan untuk melepaskan mentaliti yang pernah mengekang mereka.
00:56Anwar dalam syarat khas di forum belia Afro-Malaysia yang diadakan di Addis Ababa pada hari ini.
01:03Forum ini bertemakan kerjasama belia bagi kemakmuran bersama, dianjurkan secara bersama antara Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Utopia dan Kesatuan Belia Pan-Afrika
01:14Lawatan rasmi selama tiga hari bermula 18 November lepas merupakan lawatan pertama Perdana Menteri Malaysia ke negara terkenal dengan jolokkan tanduk Afrika itu.
01:24Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin G20 dan diikuti lawatan rasmi ke Kenya.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended