Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah, Bagan Datuk berpotensi menjadi pusat pembelajaran berteraskan inovasi dan kemahiran teknikal dalam melahirkan generasi pelaut, jurutera dan teknokrat maritim berdaya saing di peringkat global.
00:00Politeknik Maritim Sultan Azrin Shah, bagan Datuk berpotensi menjadi pusat pembelajaran berteraskan inovasi dan kemahiran teknikal dalam melahirkan generasi pelaut, jurutera dan teknokrat maritim berdaya saing di peringkat global.
00:15Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mahu politeknik itu menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional tivet maritim di pantai barat Malaysia yang menjadi kebanggaan negara.
00:30Menurut Ahmad Zahid, graduan tivet dalam bidang maritim akan menjadi tonggak penting membentuk masa depan ekonomi negara dalam industri pelabuhan, perkapalan, logistik dan tenaga laut di samping menjadi penjaga kelestarian perairan negara.
00:46Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara maritim memiliki lebih 4,800 km garis pantai yang menjadi nadi kepada sektor perdagangan, keselamatan, pelancongan, perikanan dan pembangunan ekonomi.
01:00Dalam sektor maritim, tivet membuka peluang kepada anak-anak muda untuk menguasai kemahiran kejuteraan mekanikal maritim, elektrik maritim dan otomasi kapal menjalankan penyelidikan tenaga laut yang boleh diperbarui dan meningkatkan keselamatan serta kesekapan operasi sektor maritim negara.
01:23Tentunya, usaha ini dapat melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang tivet maritim, berjajar dengan agenda ekonomi madani dan dasar-rasar pengangkutan negara 2030 yang meletakkan sektor maritim sebagai pemaju pertumbuhan ekonomi negara.
01:41Ahmad Zahid berkata demikian dalam sembah ucapan pada Majlis Pemasyuran Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di bagian Datuk Fadakamis yang disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Mu'izinin Shah.
01:54Ahmad Zahid berkata, sebagai pengurusi Majlis Tivet Negara, beliau melihat usaha itu selaras dengan dasar Tivet Negara 2030 menerusi pelbagai inisiatif termasuk penyelarasan kurikulum, penambahbaikan pengiktirafan industri dan pengembangan program Tivet Hasil Tinggi Nilai Tinggi bagi membuka laluan kerjaya berpendapatan tinggi.
Be the first to comment