Capital A Bhd akan mengagihkan 1.69 bilion saham baharu dalam AirAsia X Bhd (AAX) kepada pemegang saham yang layak melalui dividen bukan tunai berikutan pelan penstrukturannya kini memasuki fasa akhir.
00:00PT LA Berhad bakal mengagihkan 1.69 bilion saham baharu dalam AACX kepada pemegang saham yang layak melalui dividen bukan tunai.
00:10Dalam satu kenyataan pada Khamis, kumpulan tersebut berkata langkah berkenaan sebahagian daripada fasa terakhir pelupusan perniagaan syarikat penerbangan itu kepada AACX.
00:21Ini sekaligus menyatukan semua syarikat penerbangan berjenama AirAsia di bawah satu entiti tunggal.
00:28Penstrukturan itu juga menandakan satu transformasi Kapital A untuk menjadi kumpulan pelancongan dan digital yang berbilang platform.
00:36Tarikh kelayakan bagi pengagihan ditetapkan pada 5 petang 3 Disember 2025 dengan nisbahagihan dianggarkan sekitar 389 saham AirAsia X bagi setiap 1,000 saham Kapital A yang dibiliki.
00:51Manakala jumlah saham yang diterima akan ditentukan melalui formula berdasarkan bilangan saham Kapital A yang dimiliki pada tarikh kelayakan.
01:00Sementara itu bahagian saham pecahan dalam agihan akan diabaikan.
01:03Kapital A berkata langkah ini menandakan tahap yang penting dalam penyusunan semula secara holistik yang teruk merangkumi cadangan pengurangan modal bagi menampung kerugian terkumpul.
Be the first to comment