Skip to playerSkip to main content
1,572 cerun berisiko tinggi runtuh

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengenal pasti sebanyak 1,572 daripada 34,633 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan seluruh negara dikenal pasti mempunyai risiko dan kebarangkalian yang tinggi untuk runtuh.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ia dikenal pasti melalui pengumpulan data serta penghasilan peta bahaya dan risiko cerun di sepanjang Jalan Persekutuan seluruh negara.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #DewanRakyat #KementerianKerjaRaya #AlexanderNantaLinggi #Bencana #MTL

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui cawangan kejuruteraan CERUN telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menghadapi muncul timur laut MTL 2025-2026 ini
00:12yang merangkumi strategi prabencana, semasa bencana dan pasca bencana bagi memastikan jalan persetuan dan CERUN sentiasa dalam keadaan selamat.
00:24cawangan kejuruteraan CERUN, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah melaksanakan penggumpulan data dan menghasilkan peta bahaya dan risiko CERUN di sepanjang jalan persetuan di seluruh Malaysia
00:38untuk mengalpasi CERUN-CERUN yang mempunyai risiko keberkalian yang tinggi untuk runtuh.
00:47Jadi sebanyak 34,633 bilangan CERUN telah diinventori.
00:55Daripada jumlah tersebut, 1,572 bilangan CERUN dikenalpasti mempunyai tahap risiko yang sangat tinggi.
01:04Jadi sepanjang itu, ataupun selain itu, penggumpulan data peta bahaya dan risiko CERUN di sepanjang jalan negeri di Semenenjau Malaysia
01:13melibatkan 2,100 km panjang jalan bercerun telah siap pada Ogos 2025.
01:21dan terdapat sebanyak 73 stesen tolok hujan di seluruh Malaysia
01:27di mana 41 stesen terletak di Semenenjau Malaysia, 19 stesen terletak di Sabah dan 11 stesen di Sarawak dan 2 di Labuan.
01:40Tolok hujan ini akan merekod data hujan dan akan memberikan amaran awal apabila bacaan tolok hujan mencapai nilai ambang
01:48mengikut data bagi lokasi berkaitan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended