Banglo biru di pesisir pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit, Kuala Nerus, Terengganu yang sebelum ini tular kerana diancam hakisan kembali menjadi perhatian apabila musim tengkujuh kembali melanda, menyebabkan kediaman itu berada dalam risiko.
00:00Setiap kali hujung tahun, hati penduduk khususnya di kawasan pesisir pantai mula resah.
00:06Kehadiran musim tengkujuh dibaratkan mereka sebagai membawa episod duka.
00:10Ombak yang menghempas kawasan pantai bukan sahaja menggugat ketenangan mereka, malah merosakkan kediaman dan premis.
00:18Menurut Muhammad Yazid Idris, setiap hempasan ombak membuatkan hati tuanya dirundung resah mengenangkan vila biru yang didedikasi buat arwah isterinya di kampung Tanjung Batu Rakyat kembali diancam hakisan.
00:35Pesara yang berusia 66 tahun itu berkata ombak besar yang kembali membadai pantai sejak hampir dua minggu lalu membuatkan kediamannya bergegar dan tidur lenanya terganggu.
00:46Saya memang setiap hari bila pukul 2, 2.30 pagi je bila saya dengar berdentung je kan, gegaran je, saya akan bangun.
00:57Bangun saya akan tengok. Tengok keadaan tembok ni. Seandainya kalau saya rasa tak ada selamat, saya terpaksa keluar.
01:08So setakat ni masih selamat lagi, walaupun dia bergerak, rasanya masih lagi saya boleh duduk lah.
01:16Mohd Yazid berkata meskipun musim tengkujuh baru bermula, namun batuan yang baru ditambak tidak mampu bertahan lama dan kembali runtuh selepas dibadai ombak.
01:27Katanya tidak mustahil hakisan teruk seperti tahun lalu akan berulang.
01:31Namun dia berharap kediaman yang dihuninya sejak tujuh tahun lalu masih selamat.
01:36Rasa saya macam bulan dua belah ni kalau tujuh macam tahun lepas, rasa-rasanya macam tanah ni akan runtuh balik semula.
01:47Dengan keadaan batu yang ditambak, tak sampai enam bulan dah runtuh.
01:55Jadi kalau beginilah keadaan caranya, saya rasa runtuh lagi ni rasanya.
02:04Lebih membimbangkan Mohd Yazid sekiranya berlaku fenomena air pasang besar, hujan lebat berserta angin kencang yang mungkin memburukkan keadaan.
02:16Kisah banglum milik Mohd Yazid sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila berisiko ditelan laut dalam kejadian hakisan pantai akhir tahun lalu.
02:24Bagaimanapun ia berjaya diselamatkan selepas kerja menambak pantai di belakang rumahnya dijalankan awal Januari lalu.
Be the first to comment