00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu menandatangani Undang-Undang Baharu yang mewajibkan Jabatan Kehakiman mendedahkan fail berkaitan sensatan terhadap mendiang pesalah seksual Jeffrey Epstein.
00:13Fail berkenaan dijangka memberikan maklumat tambahan mengenai kegiatan Epstein yang pernah bergaul dengan Trump dan beberapa personaliti terkenal sebelum disabitkan pada 2008 atas kesalahan melacurkan remaja.
00:26Epstein meninggal dunia di sebuah penjara di Manhattan pada 2019 ketika menghadapi pertuduhan pemberdayangan seks persekutuan dengan pihak berkuasa mengesahkan kematiannya sebagai bunuh diri.
00:40Kes itu terus menarik perhatian umum termasuk teori konspirasi mengenai kaitannya dengan tokoh berpengaruh.
00:47Peguam Negara Pambondi berkata Jabatan Kehakiman akan mengeluarkan semua bahan berkaitan Epstein dalam tempoh 30 hari selepas selaras dengan keperluan Undang-Undang yang diluluskan Dewan Perwakilan dan Senat awal minggu ini.
01:03Jelasnya pihaknya akan mematuhi Undang-Undang dan memastikan ketelusan maksimum.
Be the first to comment