00:00Koordinasi ASET dan anggota Angkatan Tentera Malaysia ATM digerakkan secara menyeluruh menerusi op murni
00:07bagi menghadapi kemungkinan banjir di seluruh negara susulan Monsuntimur Laut.
00:11Menteri Pertahanan Datuk Seri Mamak Khalid Nordin menjelaskan ATM berada pada tahap kesiapsiagaan
00:18yang optimum untuk menghadapi Monsuntimur Laut yang bermula November hingga Mac tahun depan.
00:24Pihak ATM telah mengeluarkan direktif pemula Ops Murni
00:31yang mana telah melantik Panglima Tentera Darat sebagai peneraju operasi
00:41dan Panglima Tentera Darat bertanggungjawab menyelaras atau gerak Angkatan Tentera Malaysia bagi ketiga-tiga perkhidmatan
00:52iaitu darat, laut dan juga udara.
00:58Jadi ketiga-tiga perkhidmatan akan digerakkan di bawah Mahlima Tentera Darat sebagai peneraju operasi.
01:12Muhammad Khalid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Persiapan Operasi Murni ATM di Wisma Pertahanan di Ibu Negara pada Khamis.
01:20Seramai 4,428 anggota merangkumi 266 pegawai dan 4,162 anggota lain-lain pangkat dikerah bagi pelaksanaan Ops Murni di seluruh negara.
01:32Dari segi aset pula, ATM mempersiapkan 506 aset mobiliti darat, 7,355 bot dan aset mobiliti perairan
01:41serta 19 pesawat bagi menyokong operasi menyelamat dan penghantaran bantuan.
01:46Antara aset digerakkan termasuk ambulans medan, trailer air, dapur bergerak, trak tatra, trak MDEC serta bot penyelamat lengkap dengan peralatan keselamatan.
01:57Sekat ini, pemataan awal mendapati sebanyak 5,648 kawasan berpotensi dilanda banjir berdasarkan rekod, data MED Malaysia serta laporan pasukan di lapangan.
Be the first to comment