Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan, Datuk Japlin Akim, yakin mempunyai kelebihan dalam menghadapi saingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Sabah akan datang.
Transcript
00:00Calon gabungan rakyat Sabah GRS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Usukan, Dato' Japlin Hakim, yakin mempunyai kelebihan dalam menghadapi saingan enam penjuru pada Periharaan Negeri PRN Sabah akan datang.
00:13Meskipun pertembungan itu turut melibatkan dua bekas wakil rakyat Usukan serta seorang ahli Parlimen Kota Belut, beliau berkata setiap calon punya kekuatan tersendiri.
00:26Jelas beliau keyakinan itu bersandarkan maklum balas positif daripada pengundi dan jentera di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan serta menaruh kepercayaan kepada GRS.
00:39Sudah tentu lah di Usukan ni ada enam calon yang bertanding, dua daripadanya adalah penyandang, satu Parlimen dan satu Dun dan kita masing-masing ada kelebihan masing-masing lah
00:54dan sudah tentu di pihak kita salah satu daripada kelebihan yang kita ada pada saya ialah kita satu-satunya calon yang mewakili kerajaan, yaitu kerajaan GRS yang memerintah sebelum ini.
01:07Dan saya pasti dengan ini, ini menjadi satu kelebihan kepada kita berbanding dengan calon-calon yang lain.
01:14Dan saya berkeyakinan antara semua parti-parti yang bertanding, enam parti yang bertanding termasuk bebas, saya fikir GRS adalah merupakan satu calon yang sangat bersedia
01:30ataupun GRS adalah antara parti yang paling bersedia untuk membentuk kerajaan selepas pilihan rakyat sebab ini kerajaan yang sedia ada.
01:41Mengenai tumpuan di Dun Usukan pula, Japlin memberi jaminan penambahbaikan kemudahan asas seperti air dan elektrik akan menjadi keutamaan jika diberikan mandat dalam PRN 17.
01:53Selain kemudahan asas, Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Usukan itu turut menekankan peningkatan ekonomi melalui program pertanian, perikanan dan pentenakan bagi memanfaatkan potensi usukan.
02:06Kita masih mendebati bahawa kawasan usukan ini masih berpotensi untuk kita bangunkan dari segi pertanian,
02:14mengaktifkan kawasan-kawasan tanah yang terbiar, menaik tarap, kemudahan melayan, begitu juga dengan penternak kita.
02:25Satu kawasan yang satu ketika dulu ketablon ini sangat terkenal sebagai kawasan penternak.
02:30Japlin juga komited memastikan belia terlibat secara aktif dalam arus pembangunan ekonomi melalui pelbagai peluang termasuk industri kecil dan sederhana, IKS.
02:40Pada PRN Sabah ke-17, Japlin antara lain dicabar bekas Ketua Menteri Sabah yang juga penyandang Datuk Seri Saleh Said Keruak mewakili Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Kota Belut Isna Raisah Munira Majlis Warisan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended