Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin yakin Malaysia dan Turkiye berpotensi memperkukuh kerjasama strategik melalui pemindahan teknologi dan pembangunan bersama bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara.
00:00Malaysia dan Turki mempunyai potensi besar memperkukuh kerjasama strategik menerusi pemindahan teknologi, pembangunan bersama dan perlibatan industri tempatan bagi memantapkan keupayaan pertahanan negara.
00:12Keyakinan disuarakan Menteri Pertahanan Dato' Si Muhammad Khalid Nordin selepas menerima kunjungan Syarikat Teknologi Pertahanan Terkemuka Turki yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Asil San Ahmed Akhiyul serta Duta Besar Turki ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
00:29Kata Muhammad Khalid, semasa pertemuan berkenaan, beliau menegaskan keperluan Malaysia bergerak melangkaui model perolehan tradisional dan menambah baik strategi perolehan ke arah kerjasama jangka panjang.
00:43Menerusi hantaran di Facebook, beliau menambah penting dalam membina rantaian bekalan nasional, mengukuhkan kolaborasi industri tempatan dan membuka peluang pasaran lebih luas.
00:53Muhammad Khalid dan Menteri Pertahanan Nasional Turki Yasa Gula telah mengadakan pertemuan empat mata sempena pameran industri pertahanan antarabangsa IDEF 2025 di Istanbul Julai lepas.
01:05Antara lain, pertemuan itu memberikan fokus pada perbincangan mengenai kerjasama dalam bidang ketenteraan dan pertahanan yang perlu dilaksanakan kedua-dua negara.
Be the first to comment