Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
16,951 remaja hamil luar nikah direkodkan sejak 2020. KPWKM laksana PEKERTI, KafeTEEN dan Dasar Keluarga Negara untuk tingkat kesedaran, pendidikan reproduktif dan sokongan komuniti demi masa depan remaja.
Transcript
00:00Sebanyak 16,951 remaja berusia 19 tahun ke bawah yang hamil tanpa nikah direkodkan di fasiliti kerajaan antara tahun 2020 hingga 2024.
00:12Demikian menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia.
00:14Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri berkata usaha membendung isu tersebut digemling melalui pelbagai inisiatif termasuk pemeriksaan pendidikan kesihatan reproduktif, kaunseling dan sokongan komuniti.
00:31Nancy berkata antara langkah utama ialah pelaksanaan dasar dan pelan tindakan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial pekerti yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif serta melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan berdaya tahan.
00:49Di samping itu, kerajaan melalui KPWKM akan melancarkan dasar keluarga negara dan pelan tindakan keluarga negara yang baru sebagai usaha memperkasakan keluarga untuk kestabilan sosial.
01:02Antara teras yang digariskan adalah untuk memperkasakan keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuhkan peranan ibu bapa dan remaja.
01:11Usaha memperkenalkan isu kemahilan remaja luar nikah ini wajar digembeling bersama oleh semua pihak demi masa depan generasi muda kita yang lebih sejahtera.
01:22Beliau menjawab soalan ahli Parlimen PN Parit Buntah, Mohamad Misbahul Mundir Mas Duki yang ingin mengetahui jumlah remaja hamil tanpa nikah mengikut kaum dari tahun 2020 hingga terkini dan apakah langkah-langkah bagi mencegah dan mengatasi isu tersebut.
01:37Dalam paritu, Nancy berpandangan remaja yang terlibat dalam hubungan seksual walaupun suka sama suka tidak boleh dihukum semata-mata, mengambil kira tahap kematangan fikiran mereka.
01:47Secara peribadi, saya berpendirian bahawa kanak-kanak bahu umur yang terlibat dalam hubungan seksual secara suka sama suka perlu dilindungi, dibimbing serta dipulihkan dan bukannya dihukum semata-mata.
02:00Ini tidak mengira sama ada dia seorang kanak-kanak lelaki ataupun kanak-kanak perempuan.
02:06Tidak seperti tahap pemikiran orang dewasa, tahap kematangan mereka perlu diambil kira di mana seorang kanak-kanak kebiasanya tidak dapat menilai kesan daripada kelakuan atau tindakan mereka, terutamanya implikasi jangka panjang.
02:22Jadi, kanak-kanak harus diberi peluang dan ruang untuk belajar daripada kesilapan, memulihkan diri dan membina semula kehidupan tanpa dibebani stigma atau trauma jangka panjang.
02:35Kita perlu bantu mereka menilai atau membuat refleksi kesan tidakkan yang dilakukan oleh mereka.
02:42Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended