Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, MDV telah melancarkan program sukuk bernilai RM2 bilion bagi membiayai projek atau kontrak berteknologi di bawah mandatnya pada 2022.
00:00Malaysia Debt Venture MDV meluluskan pembiayaan untuk projek teknologi hijau kepada lebih 148 syarikat berjumlah RM2.26 bilion setakat ini.
00:12Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang, MDV telah melancarkan program sukuk bernilai RM2 bilion bagi membiayai projek atau kontrak berteknologi di bawah mandatnya pada 2022.
00:26Katanya melalui dana sukuk tersendiri, MDV menawarkan pembiayaan kepada teknologi hijau dengan sokongan insentif daripada tiga program yang disokong oleh kerajaan termasuk skim pembiayaan teknologi hijau GTFS.
00:41Kerajaan turut memperluas Green Investment Tax Allowance kita dan Green Income Tax Assumption GITE kepada teknologi hidrogen.
00:51Di samping pengecualian duty dan cukai import bagi peralatan tenaga boleh baharu termasuk hidrogen.
00:59Ini termasuk pemberian Investment Tax Allowance ITA sebanyak 100% ke atas perbelanjaan modal projek hidrogen selama 10 tahun yang boleh ditolak sehingga 100% daripada pendapatan berkanun.
01:14Beliau berkata demikian pada sesi waktu pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.
Be the first to comment