Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Inisiatif Programem Back To School, tiket penerbangan dan bas percuma dengan peruntukan RM30.2 juta antara agenda pendidikan yang dirangka untuk meringankan beban anak Johor menerusi Belanjawan 2026.
Transcript
00:00Inisiatif program Back to School, tiket penerbangan dan bas percuma dengan peruntukan RM30.2 juta antara agenda pendidikan
00:08yang dirangka untuk meringankan beban anak Johor menerusi Belanjawan Johor 2026.
00:14Menurut pengurusi jawatankuasa pendidikan dan penerangan Johor, Aznan Tamim,
00:18kerajaan negeri secara keseluruhan memperuntukkan RM163 juta bagi agenda pendidikan.
00:25Aznan berkata bantuan pakaian sekolah akan memanfaatkan 189,000 murid dan pelajar di seluruh Johor
00:34termasuk 2,000 orang bagi setiap 56 Dewan Undangan Negeri DUN daripada keluarga berpendapatan rendah B40 dan Aznaf.
00:43Beliau turut menjelaskan bahawa inisiatif ini bukan sekadar pemberian bantuan
00:47tetapi juga sokongan moral agar anak Johor dapat mulakan sesi persekolahan baru dengan yakin, selesa dan bersemangat.
00:55Selain itu, golongan mahasiswa turut menerima manfaat menerusi inisiatif bantuan tiket penerbangan
01:00untuk mereka yang belajar di Sabah dan Sarawak
01:03serta bas percuma kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam IPTA di Semenanjung
01:09pada musim perayaan dengan peruntukan RM1.4 juta.
01:13Secara keseluruhan, beliau berkata peruntukan untuk agenda pendidikan mencerminkan iltizam
01:18dan mesej jelas usaha berterusan kerajaan negeri memastikan kebajikan rakyat
01:23daripada peringkat murid hingga mahasiswa terus terperlihara.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended