16,951 remaja bawah 19 tahun tidak berkahwin hamil
Seramai 16,951 remaja hamil berusia 19 tahun ke bawah yang tidak berkahwin telah direkodkan di fasiliti kerajaan berdasarkan data oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2024.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, usaha membendung isu ini telah dilaksanakan oleh kementerian menerusi inisiatif-inisiatif yang melibatkan pelbagai aspek termasuk pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif, inisiatif kaunseling serta sokongan komuniti.
Be the first to comment