Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Solarvest Holdings Berhad menyatakan komitmennya untuk memperkasakan penggunaan tenaga bersih di Sarawak, dengan fokus kepada pembangunan ekosistem tenaga hijau yang inklusif dan mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.
Transcript
00:00Baik, SolarVest Holding Seberhat menyatakan komitmennya untuk memperkasakan penggunaan tenaga bersih di Sarawak dan usaha ini memberi fokus kepada pembangunan ekosistem tenaga hijau yang inklusif dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.
00:15Menurut pengarah eksekutif merangkak ketua pegawai strategi SolarVest, Leon Liu Chi-ing, syarikat itu berperanan sebagai game changer dalam landscape tenaga baru, memastikan tenaga bersih bukan sekadar aspirasi tetapi gaya hidup yang praktikal dan mampu dimiliki rakyat Sarawak.
00:32Ujarnya sebagai anak Sarawak, beliau menegaskan akan sentiasa memastikan penerimaan tenaga bersih lebih mudah dan menyeluruh untuk semua lapisan masyarakat.
00:41Perhatian turut diberikan kepada skim subsidi penjajaran tenaga bersih NEM yang diperkenalkan Sarawak Energi Berhad pada September 2025 yang turut menawarkan insentif sehingga RM12,000 kepada pemilik rumah di bawah kategori tarif domestik yang memasang sistem solar bumbung bermula 2026.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended