Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil nyatakan komitmen Malaysia membantu Palestin membina semula rangkaian komunikasi di Gaza dan berkongsi pengalaman dengan Afrika Selatan dalam sektor telekomunikasi.
00:00Malaysia komited menyokong usaha pembangunan semula Palestine termasuk dalam aspek kesaling hubungan digital selain berkongsi pengalaman dengan Afrika Selatan dalam sektor telekomunikasi.
00:12Menurut Menteri Komunikasi Dato' Fahmi Fazil, perkara itu dibincangkan dalam pertemuannya dengan Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Ekonomi Digital Palestine Huda Al-Wahidi
00:23serta Timbalan Menteri Komunikasi dan Teknologi Digital Afrika Selatan Monli Gungu Belek.
00:30Fahmi berkata antara isu yang dimanggitkan dalam perbincangannya dengan Huda ialah masalah kesaling hubungan di Palestine khususnya di Gaza dan Malaysia menyatakan kesediaan untuk meneliti beberapa mekanisme bagi membantu negara itu.
00:46Jelasnya beliau akan membawa beberapa dapatan ke Jemaah Menteri berbincang dengan Perdana Menteri Dawis Maputra supaya sokongan yang diberikan bukan hanya dari segi teknikal.
00:56Beliau berkata demikian selepas pertemuan yang berlangsung di luar Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025.
01:03Katanya, Palestine terus akan membawa usul khas kepada Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, ITU, berhubung takrifan semula kesalah hubungan dan Malaysia akan meneliti bentuk sokongan terhadap usul tersebut.
01:15Menyifatkan pertemuan itu sebagai amat bermakna, Fahmi berkata, beliau turut memaklumkan hasrat kerajaan menjadikan beasiswa kepada lima rakyat Palestine dalam bidang kejuruteraan rangkaian dan radio di Malaysia.
01:28Oktober lalu, Fahmi memaklumkan bahawa beasiswa itu bertujuan membantu rakyat Palestine membina semula rangkaian komunikasi yang musnah akibat serangan rejim Zionis Israel khususnya di Gaza.
Be the first to comment