Malaysia dan Ethiopia bertekad memperkukuh kerjasama dalam perdagangan, pelaburan dan sektor utama lain. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan meneroka pasaran baharu, manakala Ethiopia berhasrat mempelajari kejayaan perindustrian Malaysia. Kedua-dua negara turut menandatangani MoU melibatkan kesihatan, perkhidmatan udara dan pelancongan.
00:00Malaysia berkukuh kekuatan bersama Ethiopia menerusi beberapa sektor utama termasuk perdagangan serta pelaburan.
00:08Ini kerana menurut Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim, sebagai sebuah negara perdagangan,
00:13Malaysia perlu meluaskan dan meneroka pasaran baru khususnya di negara seperti Afrika, Amerika Latin dan seterusnya.
00:20Dalam pada itu, Perdana Menteri Ethiopia Dr. Abiy Ahmed Ali menyefatkan perbincangan bersama Anwar sebagai produktif dan berpanangan jauh
00:31sekaligus memperlihatkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama memberentasi sektor utama.
00:38Tambah beliau, Ethiopia juga basrat mempelajari kejayaan perindustrian Malaysia dan menarik pelaburan dalam sektor taman perindustrian,
00:46pemprosesan pertanian dan elektronik.
00:49Kedua-dua pemimpin terus bertukar Memorandum Persefahaman MOU melibatkan kerjasama dalam bidang kesihatan, perjanjian perkhidmatan udara dan pelancongan.
00:58Perdana Menteri yang ketika ini sedang menggunakan lawatan kerja di Ethiopia memaklumkan,
01:03Malaysia akan menggunakan mekanisme seperti G20 untuk mengukuhkan hubungan dengan rakan tradisional seperti Amerika Syarikat, Eropah dan Cina.
01:12Lawatan tiga hari bermula 18 November lepas adalah julung kali bagi Perdana Menteri Malaysia
01:17dan merupakan lawatan balas susulan kunjungan rasmi Abi Ahmad ke Malaysia pada Oktober tahun lalu.
01:23Beliau seterusnya akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan dari 20 hingga 23 November
01:29untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin G20 dan kemudian ke Nairobi, Kenya dari 23 hingga 24 November sebelum pulang ke tanah air.
Be the first to comment