KBS komited bekerjasama dengan KDN berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan, selepas FIFA mengarahkan siasatan jenayah dijalankan di lima negara termasuk Malaysia.
00:00Kementerian Belia dan Sukan KBS menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri KDN bagi mengambil langkah yang wajar berhubung isu pemasuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan.
00:14Menurut Menteri Belia dan Sukan Hanayoh, KBS mengikuti rapat perkembangan kes berkenaan dan beliau akan meneliti alasan bertulis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA mengenainya.
00:30Beliau berkata peranan KDN adalah kritikal memandangkan aspek jenayah berada di bawah bidang kuasa Kementerian berkenaan.
00:37Jelasnya memandangkan aspek dawaan pemalsuan dokumen adalah di bawah bidang kuasa KDN, beliau menyerahkan kepada Kementerian tersebut untuk siasatan lanjut.
00:47Ujah Hana beliau sendiri telah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tetapi belum dapat sebarang maklum balas.
00:55Hana memberi jaminan beliau sendiri sedang meneliti alasan bertulis penuh FIFA.
01:01Pada selasa menerusi alasan bertulis penuh setebal 63 muka surat yang didedahkan,
01:06jawatan kuasa rayuan FIFA mengarahkan Sekretariat mengambil langkah sualjarnya untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di lima negara iaitu Brazil, Argentina, Belanda, Spanyol dan Malaysia.
01:18Menurut jawatan kuasa itu, pemalsuan merupakan satu kesalahan jenayah di negara-negara terbabit dan ia sesuatu yang penting untuk dimaklumkan kepada pihak berkuasa
01:28supaya siasatan serta proseding jenayah sewajarnya dapat dijalankan.
01:33Hana berkata pihaknya akan memberi penerangan lanjut berhubung persoalan membabitkan FAM dan FIFA di Parlimen pada Kamis.
Be the first to comment