Ewon berkata kenyataan AGC yang menyebut "tiada rayuan, namun akan merayu kecacatan dalam alasan penghakiman", sebenarnya menunjukkan wujudnya unsur rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung hak 40 peratus hasil Sabah.
00:00Dato' Iwan Benedict menyifatkan kenyataan Jabatan Peguam Negara AGC berhubung isu pemberian khas 40% hasil Sabah sebagai bercanggah dan mengelirukan.
00:12Presiden Putuhan Kinabalu Progresif Bersatu APKO berkata, kenyataan AGC yang menyebut tiada rayuan tetapi pada masa sama menyatakan akan merayu kecacatan dalam alasan penghakiman menimbulkan persoalan terhadap ketelusan komitmen kerajaan persekutuan.
00:30Iwan menegaskan kenyataan tersebut menunjukkan kerajaan persekutuan masih berhasrat untuk memfalkan rayuan secara separa yang boleh menjejaskan keyakinan terhadap komitmen kerajaan untuk menghormati hak Sabah sebagaimana termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
00:46Beliau dan APKO juga kekal berpendirian bahawa tanggungjawab kerajaan persekutuan di bawah senarai persekutuan dan hak 40% Sabah adalah dua perkara yang berbeza.
00:56Katanya senarai persekutuan merupakan perkara dasar pentadbiran manakala hak 40% hasil merupakan hak undang-undang yang istimewa bagi Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.
01:08Beliau juga menyifatkan kenyataan AGC pada selasa hanya mengukuhkan sebab beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
01:17Iwan menambah sepanjang hampir tiga tahun berada dalam kabinet persekutuan, beliau sentiasa menyatakan pendirian dan pandangan berhubung isu 40% hasil Sabah.
01:27Iwan turut menjangka bahawa kerajaan persekutuan tetap akan memfalkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan dan memberi amaran bahawa langkah itu boleh menjejaskan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi.
01:38AGC dalam kenyataan pada selasa menyatakan kerajaan persekutuan memutuskan untuk tidak membuat rayuan terhadap pemberian khas negeri Sabah dari tahun 1974 hingga 2021 berdasarkan 40% hasil.
01:53Bagaimanapun AGC memaklumkan pihaknya akan merayu terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman tersebut.
Be the first to comment