00:00Malaysia Airlines terus mengukuhkan kedudukannya di persada dunia apabila meraih pelbagai pengiktirafan berprestij antarabangsa termasuk gelaran Apex Four Star Major Airlines dalam 2026 Official Airline Ratings.
00:12Syarikat penerbangan nasional itu turut dinobatkan sebagai syarikat penerbangan ke-8 atau ke-9 terbaik dunia oleh pembaca Condé Nast Traveler UK, hasil undiang global yang mengiktiraf kualiti perkhidmatan dan pengalaman pelanggan.
00:24Pengarah urusan kumpulan Malaysia Aviation Group MAG, Datuk Kapten Izam Ismail menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti komitmen warga kerja Malaysia Airlines dalam menyampaikan hospitaliti bertaraf dunia.
00:38Malaysia Airlines turut menerima dua anugerah The Asian Experience Awards 2025 di Singapura mengiktiraf strategi komersial holistik yang menggabungkan data, pemasaran inovatif dan pelaksanaan jualan berprestasi tinggi.
00:52Kempen Epicurean Journey to Chiang Mai dan Second Takeoff masing-masing meraih anugerah di YouTube Works Awards dan MRO Asia Pacific Awards membuktikan kekuatan jenama dan kreativiti Malaysia Airlines.
01:06MAG Arena turut memenangi anugerah booth Design Excellence di MBA 2025 menampilkan rekaan dua tingkat yang menarik perhatian pengunjung mata fair April lalu.
01:16Dengan pencapaian ini, Malaysia Airlines terus melangkah ke harapan sebagai peneraju industri penerbangan menggabungkan inovasi, kecemelangan dan pengalaman pelanggan yang luar biasa.
Comments