Skip to playerSkip to main content
  • 4 months ago
Pelancaran Rancangan Strategik MABIMS 2026-2030 menjadi tonggak baharu memperkukuh kerjasama Islam serantau antara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura ke arah membina komuniti Islam progresif, dinamik dan berdaya saing.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelan Rancangan Strategik Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura, Mabims,
00:082026-2030 dianggap sebagai landasan penting dalam memperkukuh kerjasama Islam serantau yang lebih dinamik,
00:15progresif dan berdaya saing.
00:18Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Dato' Muhammad Naim Mokhtar berkata,
00:22perancangan terbaru itu akan membina sinergi lebih kuat
00:25demi kesejahteraan umat dan masa depan Islam yang lebih kemilang.
00:32Beliau berkata, rancangan strategik itu merangkumi penambahbaikan dasar pengurusan institusi agama,
00:39penyelarasan takwim hijri serta pembangunan sistem pengurusan halal yang semakin efisien.
00:45Dalam pada itu, Muhammad Naim menegaskan pertembungan Mabims ke-21 bukan sekadar platform perbincangan,
00:50sebaliknya melambangkan ukua Islamiyah dan komitmen bersama empat negara dalam menangani cabaran semasa.
00:57Mesyuarat dan pelancaran rancangan strategik Mabims 2026-2030 diadakan di Air Keruh, Melaka,
01:03turut disertai Menteri Agama dari Brunei, Indonesia, Singapura dan Kemboja sebagai pemahati.
01:10Selain mesyuarat Mabims dan SOM ke-49, beberapa acara sampingan turut dianjurkan,
01:15termasuk Forum Perdana Ehwal Islam Serantau, Program Komuniti Semanis Mabims Seharum Serantau,
01:21Festival Halal Antarabangsa Melaka, MIHF 2025 dan Sidang Kemuncak Halal Mabims 2025.
Comments

Recommended