Seramai 50,000 orang dijangka hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Sabah yang akan diadakan di Jalan Tun Fuad Stevens di sini pada 31 Ogos ini
00:00Seramai 50,000 orang dijangka hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat negeri Sabah yang akan dijalankan di Jalan Tun Fuad Stevens di sini pada 31 Ogos ini.
00:13Pengurusi Jatuan Kuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025, Datuk Seri Mas Sidi Manjun berkata, turut diadakan pada hari sama ialah Hari Sabah pada sebelah malam yang menjanjikan pelbagai acara menarik.
00:25Mas Sidi yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, Sambutan Hari Kebangsaan 2025 turut menyaksikan 157 kontingen mengambil bahagian dalam perarakan mewakili pelbagai kategori termasuk sekolah, institusi pengajian tinggi, badan beruniform, persatuan sukarela dan badan bukan kerajaan NGO.
00:46Pada tahun ini, kita akan menyaksikan sesuatu yang baru apabila 50 penunggang skuter akan turut serta dalam perarakan sebagai salah satu kontingen untuk pertama kalinya.
00:57Beliau berkata sambutan itu juga bakal diserikan dengan kehadiran yang dipertua negeri Sabah Tun Musa Aman diiringi isteri Tuh Puan Faridah Tusin dan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Jin Nur.
Be the first to comment