00:00Baik, pilihan raya kecil Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Lamak bermula pagi ini.
00:05Dan untuk laporan langsung, kita terus bersama wartawan di lokasi iaitu Rizal Abdullah.
00:10Rizal, bagaimana keadaan di situ dan apa yang kita boleh tahu tentang perkembangan pagi ini? Silakan Rizal.
00:16Baik, terima kasih Saudara Kabir. Alhamdulillah, selepas 14 hari tempoh berkempen, berakhir 12.30 malam tadi,
00:24hari ini adalah hari penentu untuk PRK Kinabatangan dan Dun Lamak.
00:28Dan cuaca, Alhamdulillah, pagi ini begitu baik dan orang ramai sudah mula hadir,
00:35terutama sekali di Sekolah Kebangsaan Bukit Garam 2 ini, di mana kami dan Prus sekarang berada di sini ya, Kabir.
00:41Dan mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi,
00:48namun dijangka ribut petir akan melanda pada waktu petang dan hujan pada sebelah malam.
00:54dan mungkin Kabir saya boleh baca sedikit, sebanyak 48,526 pengundi akan menunaikan tanggungjawab memilih
01:02wakil rakyat baru bagi PRK Kinabatangan dan juga Lamak dan sebanyak 13,703 pengundi akan mengundi
01:10bagi Dewan Undangan Negeri Lamak hari ini.
01:12dan sebanyak 36 pusat mengundi melibatkan 117 tempat mengundi atau seluruh dibuka bermula 7,5 pagi ini hingga 5,5 petang.
01:21Kecuali 25 pusat mengundi yang akan ditutup lebih awal antara 12,5 hari hingga 5 petang.
01:27dan antara sekolah yang ditutup lebih awal atau pusat mengundi lebih awal iaitu Sekolah Kebangsaan Inarat, SK Seriganda
01:35dan juga SK Kuamut, SK Masaum, SK Sangau, SK Tundun, Bohangin, SK Litang serta SK Ladang Tomanggong.
01:45Penutupan ini berikutan, penutupan awal ini berikutan daripada kebimbangan pihak SPR mengenai ramalan MED tersebut
01:56di mana sekolah-sekolah ini terletak di kawasan pedalaman dan memerlukan helikopter untuk membawa peti undi ke Dewan Seri Lamak.
02:07Proses pengundian dijangka tamat ataupun tamat sepenuhnya sekitar 5,5 petang ini
02:13dan PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan di mana Muhammad Purniawan Naim akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bilid
02:23Datuk Sadi Abdul Rahman di SK Batu Putih, Goldam Hamid di SK Pekan Tongot, Muhammad Ismail Ayub atau Miha di SK Bukit Garam 2
02:33dan Mazliwati Abdul Malik di SK Buang Sayang.
02:36Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Allahyarham Mokhtar telah mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi
02:46menewaskan pencabarnya daripada warisan dan beliau turut memenangi kerusi Dun Lamak
02:51dan pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lalu dengan majoriti 153 undi
02:59dan PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan tiga penjuruh iaitu Muhammad Purniawan Naim sama dengan Dato' Saddi, Goldam Hamid dan Bagidun Lamak
03:09satu-laun satu di antara Mazliwati dan Miha.
03:12Dan sedikit pesanan daripada PRSK terutama sekali buat majikan di Kinabatangan ini adalah supaya memberi ruang kepada pekerjaan mereka yang layak untuk mengundi
03:23beri masa mereka untuk mengundi dan buat seluruh pengundi Kinabatangan dan juga Lamak SPR meminta agar anda semua datang untuk menunaikan tanggungjawab anda.
03:36Dan saya rasa itu saja untuk jam ini yang dapat kami kongsikan langsung daripada Kinabatangan kembali bersama dengan Saudara Kabir Bia Studio.
Comments