00:00Projek laluan ril Pantai Timur ECRL yang dijangka siap Disember 2026 mampu menjadikan Pahang sebagai hak pelaburan, perindustrian dan logistik utama di Pantai Timur.
00:12Keyakinan itu disuarakan Menteri Besar Datuk Seri Wan Eros di Wan Ismail berdasarkan perancangan pembangunan secara tersusun di tujuh stesen ECRL di Pahang.
00:21Katanya stesen berkenaan ialah di Bentong, Termeloh, Maran, Paya Besar, Kontasas, Kuantan, Port City dan Cerating yang membawa manfaat besar kepada semua pihak secara menyeluruh.
00:34Jelas beliau tujuh stesen berkenaan berpotensi menampung keperluan industri berdasarkan pembangunan berorientasikan transik.
00:40Ini didorong dengan potensi pembangunan industri untuk setiap stesen seperti di stesen Bentong dan Termeloh yang dihubungkan dengan kawasan perindustrian yang dapat memperkukuh industri berat dan sederhana yang bakal memanfaatkan kemudahan logistik ECRL.
00:56Pertumbuhan ekonomi semakin kukuh apabila di stesen Maran ia dilihat berpotensi dibangunkan sebagai pusat pengumpulan mineral seperti bauksik, emas, silika dan biji besi.
01:06Sehubungan itu, Wan Rosdi berkata, kerajaan negeri menyambut baik pelaksanaan projek ECRL sebagai pembangunan utama pembangunan ekonomi wilayah khususnya di Pahang terutama hasil kerjasama erat dengan kerajaan persekutuan dan pihak berkepentingan.
Comments