Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengesahkan Malaysia masih bebas daripada jangkitan bakteria Streptococcus suis yang berpunca daripada ternakan babi, walaupun kes kematian dilaporkan di Thailand baru-baru ini.
Transcript
00:00Malaysia masih bebas daripada jangkitan bakteria Streptococcus Swiss yang berpunca daripada ternakan babi.
00:07Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterina DVS, dalam satu kenyataan pihaknya menerima berbagai reaksi terhadap laporan media tempatan Thailand
00:16mengenai kes kematian manusia akibat jangkitan bakteria tersebut yang berpunca daripada ternakan babi di Thailand baru-baru ini.
00:22DVS mengaklumkan penyakit tersebut atau Streptococcus yang juga dikenali sebagai deafness fever pada manusia telah mencetuskan amaran kesihatan awam di negara Thailand.
00:34Bagaimanapun, sehingga saat ini Malaysia masih bebas daripada sebarang wawak penyakit babi yang disebabkan bakteria Streptococcus Swiss.
00:42Streptococcus Swiss merupakan bakteria penting yang menyebabkan penyakit Streptococcus pada ternakan babi terutamanya dalam kalangan anak babi selepas bercerai susu.
00:51Penyakit ini merupakan penyakit zoonotik iaitu penyakit yang boleh menjangkiti manusia melalui luka terbuka yang terdedah kepada darah atau cecair daripada babi yang dijangkiti atau dengan memakan daging babi yang tidak dimasak sempurna.
01:02DVS mengaklumkan antara tanda klinikal awal penyakit ini pada ternakan babi ialah demam, selera makan tidak menentu, tempang yang berubah-ubah antara kaki, kelesuan dan kemurungan.
01:13DVS memberi jaminan akan sentiasa memantau situasi semasa dan kekal komitet memastikan kesihatan haiwan serta keselamatan makanan berasaskan haiwan sentiasa terpelihara demi melindungi kesihatan awam veterina dan kesejahteraan rakyat.
01:26Bagi individu yang terlibat dalam industri babi, termasuk penternak, pekerja rumah sembelih, pengangkut daging dan penjual daging, amalkan langkah-langkah pelindungan diri yang sesuai seperti memakai sarung tangan dan pakaian pelindung semasa mengendalikan babi atau produk babi.
01:43Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended