00:00Kanak-kanak berusia 20 bulan yang dilaporkan hilang sejak lewat petang semalam
00:03dari kediaman keluarganya di kampung Becah Salah di Kuala Kerai
00:07berjaya ditemui dalam keadaan selamat pagi ini.
00:11Muhammad Irsyad Hakim Muhammad Khairul ditemukan sekitar jam 10.20 pagi tadi
00:15berdekatan kawasan semak dan berbukit yang berjarak kira-kira 1km dari rumahnya.
00:24Operasi mencari bermula ahad hingga pagi ini digerakkan membabitkan jabatan bomba dan penyelamat,
00:30polis, rela, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.
00:34Kehilangan Muhammad Irsyad disedari ahli keluarga termasuk ibu saudaranya selepas 15 minit kehilangannya.
00:41Komando Operasi PBK 1 Muhammad Khairul Duha Abdul Halim dari bala bomba Kuala Kerai berkata
00:47keluarga mangsa terlebih dahulu melakukan pencarian sebaik menyedari kehilangan kanak-kanak itu
00:52termasuk di kawasan kolam ikan berhampiran rumah sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.
00:58Katanya terdapat dua kolam ikan kira-kira 50 meter daripada rumah mangsa
01:02namun salah sebuah kolam berpagar.
01:04Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kerai untuk pemeriksaan lanjut.