00:00Seorang mangsa buli di sekolah yang berusia 7 tahun sempat memberitahu identiti pelaku kepada keluarganya sebelum dia meninggal dunia.
00:08Perkara itu didedahkan bapanya, Nurwandi selepas kejadian menggemparkan di Kemondalim, Pemalang, Jawa Tengah di Indonesia itu, meraih perhatian ramai.
00:21Kata Nurwandi, anaknya sudah menunjukkan foto beberapa pelaku dari kelas 5 dan 6.
00:26Nurwandi juga cuba meminta penjelasan daripada pihak sekolah namun tidak berhasil.
00:32Sementara itu, ibu mangsa Diyah Indriyanti berkata, anaknya yang merupakan murid kelas 2 Sekolah Dasar Negeri SDN 1 Kemondalim sempat
00:41dirawat di hospital selama 9 hari sejak pertengahan bulan lalu.
00:46Mangsa sempat pulang ke rumah selama 3 hari sebelum mengembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital pada akhir September.
00:55Kata dia, anaknya berubah daripada seorang yang periang menjadi amat pendiam selain terdapat kesan lebam pada perut dan kaki anaknya
01:03serta sering mengadu sakit.
01:06Pihak berkuasa masih menyiasat kes itu dan turut mengambil keterangan beberapa saksi.
01:11Pihak sekolah enggan mengulas insiden tersebut dan menyerahkan sepenuhnya kepada polis.
01:16Pihak sekolah