Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Polis menumpaskan sindiket pusat panggilan yang dipercayai menjalankan penipuan telefon menyasarkan warga Jepun selepas menahan 17 warga asing dalam serbuan di sebuah vila di Alai, Melaka.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menumpaskan satu sindikit pusat panggilan yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan telefon dengan menyiasatkan warga Jepun.
00:08Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Isipia Halim Abbas berkata, serbuan dijalankan pada pukul 2.30 petang hasil maklumat dan risikan
00:16bahagian siasatan jenayah komersial daerah.
00:20Seramai 17 warga negara asing ditahan dalam serbuan di sebuah vila di Alai Melaka, Ahad Lalu.
00:27Mereka yang ditahan berusia antara 23 hingga 55 tahun termasuk tiga wanita.
00:33Daripada jumlah itu, 11 orang merupakan warga Jepun, 4 warga Cina dan 2 warga Myanmar.
00:40Polis turut merampas pelbagai barang kes yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti penipuan berkenaan dengan nilai rampasan dianggarkan RM25,000.
00:49Siasatan awal mendapati vila tersebut disewa selama kira-kira enam bulan dan digunakan sebagai pusat operasi sindiket.
00:58Menurut Halim, sindiket itu dipercayai mula beroperasi di Melaka sejak awal Ogos lalu.
01:03Kesemua suspek dipercayai berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan yang menghubungi dan mencari mangsa warga Jepun melalui panggilan telefon.
01:11Polis turut menemukakan 28 helai kertas cetakan komputer yang dipercayai mengandungi skrip panggilan dalam bahasa Jepun.
01:19Pihak polis masih menyiasat kaedah pemerdayaan identiti yang digunakan untuk memperdaya mangsa, aliran wang serta jumlah keseluruhan kerugian yang terlibat.
01:30Hasil pemeriksaan mendapati hanya 5 daripada 17 suspek memiliki pasport, manakala status dokumen perjalanan dan permit kerja mereka masih dalam
01:39semakan.
01:40Kesemua suspek direman selama 14 hingga 18 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan.
Comments

Recommended