00:00Parlimen Iran meluluskan undang-undang yang melarang warganya daripada ditemubual atau mengambil bahagian dalam perbincangan dengan media atau tokoh media
00:09yang ditetapkan negara itu sebagai bermusuhan.
00:13Penggubal undang-undang meluluskan larangan itu sebagai sebahagian daripada rang undang-undang melawan pengaruh asing semasa sidang parlimen.
00:23Di bawah undang-undang baharu itu, warga Iran dilarang daripada mengambil bahagian dalam temubual, perdebatan atau perbincangan dengan rangkaian televisyen,
00:32stesen radio, laman web atau akaun media sosial peribadi yang secara rasmi ditetapkan sebagai musuh oleh ejen perisikan Iran.
00:40Larangan itu juga akan dikenakan ke atas organisasi media asing yang dimiliki, diuruskan atau dibiayai kerajaan yang dianggap bermusuhan seperti
00:49Amerika Syarikat dan Israel.
00:51Undang-undang itu akan terpakai kepada semua warga Iran yang tinggal di dalam dan di luar negara.
00:57Pegawai negara dan pihak berkuasa kerajaan dikecualikan daripada larangan itu.
01:02Individu yang melanggar undang-undang itu bakal berdepan hukuman tahap 6 di bawah kanun kesiksaan Islam Iran.
01:08Ia termasuk 6 bulan hingga 2 tahun penjara, denda kewangan, sebatan, mengikut budi bicara atau pelucutan hak sosial dan sivil
01:17tertentu.
01:18Kerajaan Iran menegaskan beberapa media beroperasi sebagai senjata perisikan negara musuh dan kerjasama dengan mereka menimbulkan ancaman kepada keselamatan negara.
01:28Terima kasih telah menonton!
01:30Terima kasih telah menonton!