Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Semua sekolah, taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) di seluruh daerah Batu Pahat diarahkan tutup bermula esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi paras 200 iaitu pada tahap sangat tidak sihat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Semua sekolah, tadika dan taskah di seluruh daerah Batu Pahat diarahkan tutup.
00:04Bermula Rabu, susulan bacaan indeks pencema udara IPU melebihi paras 200,
00:09iaitu pada tahap sangat tidak sihat.
00:12Menurut data Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencema Udara Malaysia, APIMS,
00:16bacaan IPU di daerah itu mencatat angka 211 setakat 10 malam selasa.
00:24Menurut kenyataan pengurusi jawatan kuasa pengurusan bencana daerah Batu Pahat,
00:28penutupan itu dibuat selaras dengan pelan tindakan jerebu kebangsaan
00:31serta garis panduan Kementerian Pendidikan.
00:34Ia bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa terpelihara.
00:41Ujah kenyataan pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah atau PDPR
00:46sekiranya diarahkan oleh KPM, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
00:50atau Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat tertakluk kepada arahan dan garis panduan yang berkuat kuasa.
00:56Pihak sekolah juga perlu memaklumkan kaedah pelaksanaan PDPR, tugasan murid
01:01serta saluran komunikasi kepada ibu bapa atau penjaga melalui saluran rasmi sekolah.
01:07Sebarang keputusan berkaitan pembukaan semula sekolah adalah tertakluk kepada
01:12perkembangan kualiti udara dari semasa ke semasa dan arahan rasmi pihak berkuasa.
01:17Terima kasih telah menonton!
01:17Terima kasih telah menonton!
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended