Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis crystal methamphetamine di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati, pesawat persendirian jenis Learjet terbabit berlepas dari Subang, Selangor menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kg dadah jenis kristal metamphetamine di dalam
00:10sebuah jet peribadi di negara itu minggu lalu.
00:13Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman, Datuk Husin Umar Han berkata,
00:18siasatan awal mendapati pesawat persendirian jenis Leerjet terbabit berlepas dari Subang Selangor menuju ke lapangan terbang antarabangsa Luang Prabang, Laos.
00:30Bagaimanapun, suspek warga Malaysia yang ditahan itu tidak menaiki penerbangan tersebut.
00:35Menurut Husin, penerbangan itu menggunakan jet peribadi dari Subang ke Laos, namun pesawat diterbangkan juruterbang dan pembantu juruterbang yang bukan
00:44warga Malaysia.
00:45Katanya setakat ini pihaknya belum menerima maklumat terperinci ataupun butiran daripada pihak berkuasa dadah Laos.
00:51Ditanya kemungkinan sindiket berkenaan mempunyai kaitan dengan kes tangkapan seorang juruterbang Malaysia di Indonesia sebelum ini,
00:58Husin berkata perkara itu masih dalam siasatan dan terlalu awal untuk pihak polis membuat kesimpulan.
01:06Media melaporkan polis Laos berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 500 bungkusan kristal methamphetamine menerusi jalan udara pada 1 Oktober.
01:14Hasil pemeriksaan lanjut ke atas pesawat menemukan 23 beg pakaian dengan 21 daripadanya padat dengan bahan berhablu putih disyaki dadah
01:24seberat 521 kilogram.

Recommended