Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Nepal menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang susulan banjir pada Ogos lalu yang meragut sekurang-kurangnya 1,455 nyawa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, Nepal menamatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang selepas banji kilat pada Ogos lalu, meragut sekurang
00:08-kurangnya 1,455 nyawa.
00:11Menurut laporan Reuters, 13,795 individu diselamatkan, manakala 5,285 mangsa lagi masih dilaporkan hilang dalam kejadian itu.
00:23Menurut Ketua Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan, Panindra Paude, operasi kini beralih kepada fasa pencarian dan pemulihan daripada fasa mencari dan
00:31menyelamat.
00:31Kata beliau, ketika ini pihak berkuasa sedang mempertimbangkan kaedah perundangan untuk mengisytiharkan individu yang masih hilang sebagai meninggal dunia bagi
00:39membolehkan keluarga atau waris menyelesaikan urusan insurans, perbankan dan perkara berkaitan perundangan lain.
00:45Menurutnya, Kerajaan Nepal sudah memulakan proses sewajarnya bagi melengkapkan formaliti perundangan yang diperlukan.
00:52Sementara itu, Ketua Pihak Berkuasa Pengurangan Risiko Bencana dan Pengurusan Nepal, Dharam Raj Ubrati berkata pihak berkuasa tidak lagi akan
00:59menjalankan operasi pencarian mayat secara aktif.
01:02Bagaimanapun sekiranya ada mayat, barangan atau harta berharga yang ditemukan sepanjang proses pemulihan akan diambil tindakan sewajarnya.
01:10Beliau berkata operasi menjelamat kecemasan masih akan dijalankan sekiranya diperlukan.
01:15Wisma Putra mengesahkan 54 rakyat Malaysia masih hilang dengan seorang mangsa pulang ke tanah air beberapa hari lalu.
01:23Terima kasih telah menonton!
01:25Terima kasih telah menonton!

Recommended