00:00New York pada Isnin mengisytiharkan darurat bencana di seluruh negeri itu susulan wabak campak.
00:06Perintah eksekutif yang dikeluarkan Governor New York, Kathy Hochul, adalah pengisytiharan pertama, seumpamanya oleh sebuah negeri di Amerika Syarikat sejak
00:15kes mula melonjak pada 2025.
00:19Sebanyak 108 kes campak dilaporkan dalam kalangan penduduk New York tahun ini setakat Sabtu lalu dengan 7 kes disahkan di
00:27Bandaraya New York.
00:28Jabatan Kesihatan Pennsylvania pada Isnin mengumumkan, 1,004 kes campak disahkan di 39 kaunti di Pennsylvania setakat ini pada 2026
00:38dengan 5 kematian disahkan berkaitan campak.
00:41Perajaan Negeri New York turut melancarkan platform dalam talian yang menyediakan maklumat terkini mengenai kes campak bagi membantu orang ramai
00:48dan pegawai kesihatan memantau risiko setempat serta meningkatkan kesedaran.
00:53Darurat itu berkuat kuasa hingga 4 November.
00:56Setakat 1 Oktober, Amerika Syarikat merekodkan 3,887 kes campak yang disahkan pada 2026.