Skip to playerSkip to main content
  • 23 minutes ago
Sebelas kenderaan terbakar di kawasan parkir aras bawah tanah sebuah pusat beli belah di Johor Bahru, pada Selasa.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa Bomba 1, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, lapan kenderaan musnah hampir 90 peratus, dua lagi terbakar kira-kira 40 peratus dan sebuah lagi sekitar 10 peratus.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, 11 kenderaan terbakar di kawasan parkir aras bawah tanah sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Selasa.
00:07Ketua Balai Bomber dan Penyelamat Larkin Timbalan Penguasa Bomber 1, Muhammad Suhaimi Abdul Jamal berkata,
00:138 kenderaan musnah hampir 90%, 2 lagi terbakar kira-kira 40% dan sebuah lagi sekitar 10%.
00:23Katanya kebakaran mungkin berpunca daripada sebuah kenderaan pacuan empat roda.
00:28Bila kita tengok di segi pattern kebakaran itu, memang kita dapat info daripada pasukan ERT lah kita anggap dia
00:36dan dia juga adalah teknisien di sini, dia kenal pasti bahawa memang kawasan situ terbakar, dia cuba padam.
00:43Tapi dia maklum pada kami api dapat dipadam tapi oleh kerana asap itu banyak, dia terpaksa melarikan diri.
00:48Itu yang menyebabkan keberibakan. Tetapi apa yang dimaklumkan kawasan itu terbakar dan bila kita buat penyiasatan,
00:55memang betul kawasan itu adalah kawasan yang menjadi punca kebakaran sehingga merebak ke sebelas kenderaan yang lain.
01:01Operasi pemadaman dan pemeriksaan tamat kira-kira jam 8 malam.
01:05Setakat jam 9.23 minit malam tadi, hanya 2 daripada 11 pemilik kenderaan terbabit tampil membuat pengesahan.
01:12Operasi pusat beli belah tersebut telah dibenarkan berjalan seperti biasa.
01:15Seramai 52 anggota daripada balai bomba dan penyelamat lakin, tebrau dan kempas selain pasukan bomba sukarela ulu tiram
01:23serta pasukan tindakan kecemasan ERT City Square terbabit dalam operasi berkenaan.
01:29Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.40 minit petang sebelum jentera tiba di lokasi 6 minit kemudian.
01:36Empat mangsa termasuk seorang warga Singapura diselamatkan dengan mengalami sesak nafas.
01:41Manakala seorang mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah bagi rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Recommended