00:00Seorang pekerja kilang plastik dan pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Magistrat Johor Bahru pada Selasa
00:06atas pertuduhan mencuri lori hijau dalam kejadian di Planton hujung bulan lalu.
00:11Tertuduh Lo Bunlai, 39 tahun dan Chai Min Kwan, 37 tahun,
00:17bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat A. Sharmini.
00:24Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama mencuri sebuah lori jenis CD45
00:28yang dipakir di hadapan Stesen Minyak Taman Perindustrian Planton di Johor Bahru
00:33jam 7.40 pagi 30 September lalu.
00:37Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan
00:42dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan
00:45memperuntukkan penjara maksimum 7 tahun dan denda.
00:50Di hadapan Magistrat Nur Fatin Mohamad Farid, Bunlai yang juga pekerja kilang plastik
00:54mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu lori curi tersebut
00:58secara berbahaya dengan melawan arus dan membuat pusingan you
01:02sehingga membahayakan orang awam.
01:05Sementara itu, di hadapan Magistrat Atifah Hazimah Wahab,
01:09Bunlai dituduh bagi dua pertuduhan lain dan mengaku tidak bersalah
01:12atas kedua-dua kesalahan berkenaan.
01:15Dia didakwa dengan sengaja menghalang tugas penjawat awam
01:18iaitu seorang anggota polis di kawasan pentadbiran Balai Polis Pasir Putih
01:23pada jam 8.25 pagi hari yang sama.
01:26Lelaki tersebut kemudiannya dituduh memiliki dadah jenis metamfetamin
01:30seberat 0.7 gram di Jalan Mawar Biru,
01:34kawasan perindustrian Pasir Gudang jam 10.20 pagi.
01:38Mahkamah menetapkan 23 Oktober, 5 November dan 7 Disember
01:43bagi sebutan semula.
01:50Terima kasih kerana menonton!