00:00Pendengaran permohonan semakan kehakiman oleh Bapak Mendiang Al-Tantuya Syaribu.
00:05Dr. Syaribu Setef berhubung siasatan terhadap afidavid tambahan dan akuan bersumpah bekas pegawai polis CIF Inspektor Azila Hadri
00:14di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ditangguhkan ke 12 Januari tahun hadapan.
00:21Peguam Sanjid Kordio yang mewakili Syaribu berkata,
00:24penangguhan dibuat selepas responden memohon kebenaran untuk memfailkan afidavid jawapan terhadap afidavid yang difailkan pihaknya pada pagi Selasa.
00:35Responden dalam kes berkenaan ialah Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Peguam Negara dan Kerajaan Malaysia.
00:44Sanggip berkata dalam hujahan bertulis, responden mengambil pendirian bahawa anak guamnya selaku pemohon tidak memberikan maklumat mengikut Seksyen 107, Kanun
00:55Tata Cara Jenayah, CPC.
00:58Sehubungan itu, responden berpendirian bahawa tiada kewajipan untuk memaklumkan kepada pemohon mengenai status siasatan.
01:05Katanya lagi, susulan itu pihaknya mengemukakan jawapan kepada mahkamah, satu laporan polis yang dibuat oleh pemohon pada 2018.
01:15Ia secara khusus meminta supaya siasatan dijalankan berhubung pihak yang mengarahkan pembunuhan model itu.
01:22Sanggip berkata responden memohon peluang untuk memberi maklum balas terhadap kandungan afidavid berkenaan.
01:28Mahkamah kemudian menangguhkan pendengaran ke tahun hadapan bagi membolehkan responden memfalkan afidavid jawapan.
Comments