00:00Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM mewajibkan pemilik bangunan di seluruh negara melantik pengurus keselamatan kebakaran atau FSM dan pegawai
00:09keselamatan kebakaran atau FSO mulai 1 April 2027.
00:14Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nur Hisham Mohamad berkata, langkah itu bagi memperkukuh tahap keselamatan kebakaran di premis.
00:22Pada masa sama, memastikan pematuhan terhadap kehendak undang-undang baharu.
00:28Untuk itu, bagi pengawasan ini saya suka umumkan bahawa mulai 1 April 2027, mana-mana bangunan yang kita periksa dalam
00:39tempoh satu tahun akan datang
00:41ataupun dua tahun akan datang, perlu disyaratkan untuk dapatkan fire sertifikat atau program bomba, perlu melantik fire safety manager dan
00:50juga fire safety officer
00:51serta mewujudkan organisasi keselamatan kebakaran di premis masing-masing.
00:56Jadi, more or less kita ada tempoh 6 bulan untuk persiapan kepada mana-mana premis yang sebelum sampai kepada tempoh
01:04pemeriksaan.
01:05Kemudian satu lagi tempoh setahun mengikut pada bulan pemeriksaan fire certificate jadualkan.
01:11Jadi, untuk perubahan pada perhantikan ini ada lebih kurang setahun setengah ataupun 18 bulan bagi industri bersedia
01:17bergantung kepada tarikh lupus ataupun tarikh tamat perakuan bomba sedia ada dan juga tarikh pemeriksaan perakuan bomba yang akan ditetapkan
01:26kelab.
01:27Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran FSM dan FSO di Kuala Lumpur pada Selasa.
01:35Katanya, ketetapan itu melibatkan 9,451 premis di seluruh negara.
01:42Selaras dengan Seksyen 27A Akta Perkhidmatan Bomba Pindaan 2025
01:47yang mensyaratkan penubuhan Organisasi Keselamatan Kebakaran, OKK, di setiap premis terlibat.
01:54Nur Hisham berkata, langkah berkenaan adalah pendekatan strategik bagi mengurangkan beban kerja JBPM
02:01terutamanya dalam aspek pemeriksaan tahunan premis.
02:05Jelasnya, JBPM menjangkakan seramai 6,000 FSM dan 18,000 FSO akan dilantik di seluruh negara menjelang tahun 2030.
02:16bagi memenuhi keperluan industri.
02:19Setakat ini, terdapat 13 penyedia latihan berdaftar yang diiktiraf JBPM dan jumlah itu dijaga terus bertambah.