Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Seorang anggota Marin Amerika Syarikat yang ditempatkan di Okinawa ditahan susulan siasatan kes rompakan dan pembunuhan seorang wanita.
Transcript
00:00Seorang anggota merin AS ditahan di Okinawa, Jepun pada had kerana disyaki merompak dan membunuh seorang wanita.
00:07Menurut penyiar awam NHK, suspek berusia 20 tahun itu merupakan anggota merin yang ditempatkan di wilayah berkenaan.
00:14Kes itu terbongkar selepas seorang wanita berusia 39 tahun ditemukan mati di sebuah hotel di Bandar Naha pada Sabtu.
00:22Dompet dan beberapa barang peribadi mangsa turut dilaporkan hilang.
00:25Polis mengesyaki suspek yang berpangkat private first class membunuh wanita berkenaan sebelum melarikan barang miliknya.
00:32Bagaimanapun, suspek menafikan dakwaan tersebut ketika disoal siasat oleh polis.

Recommended