Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Datuk Dr Radzi Jidin menggesa Kementerian Pendidikan memberikan penjelasan segera berhubung kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Batu Pahat.
Transcript
00:00Baik, dalam pada itu, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin menggesa ke Menteri Pendidikan Malaysia KPM memberikan perjelasan segera
00:08berhubung kematian seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Batu Pahat, Johor.
00:14Menurut Ahli Parlimen Putrajaya itu, ketiadaan kenyataan rasmi daripada KPM setakat pagi ahad menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.
00:22Beliau berkata penjelasan yang telus dan menyeluruh perlu diberikan kerana insiden itu berlaku hanya 8 hari selepas satu lagi kes
00:32kematian pelajar di Negeri Sembilan.
00:34Radzi turut merujuk laporan media yang menyatakan mangsa ditemukan dalam keadaan lemah di sebuah sekolah di Batu Pahat sebelum disahkan
00:42meninggal dunia.
00:43Dalam perkembangan sama, pihak polis dilaporkan menahan 3 pelajar lelaki bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar tingkatan 4 itu.
00:52Salah seorang daripada mereka turut dilaporkan telah dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan perintah reman bagi membolehkan siasatan lanjut
01:00dijalankan.
01:01Sebelum ini, polis Johor memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan meminta orang ramai tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.

Recommended