Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Kumpulan Houthi mendakwa menyerang kemudahan Aramco di Riyadh menggunakan peluru berpandu balistik dan dron, namun dakwaan itu dinafikan Arab Saudi.
Transcript
00:00Kumpulan Houthi mendakwa telah melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu balistik dan drone ke atas kemudahan syarikat minyak Aramco di Riyadh.
00:08Menurut jurucakap ketenteraan Houthi Yahya Sari'i, serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang didakwa menyasarkan Sana
00:16'a dan beberapa wilayah lain di Yaman.
00:22Beliau mendakwa operasi tersebut berjaya mencapai sasaran dan menyebabkan kebakaran di lokasi yang diserang.
00:28Yahya Sari'i turut berkata Sana'a dan beberapa wilayah lain telah menjadi sasaran 60 serangan udara dalam tempoh 24
00:36jam lalu.
00:37Menurut beliau, jumlah keseluruhan serangan yang didakwa dilancarkan ke atas kawasan di bawah kawalan Houthi kini mencecah kepada 1,420
00:46serangan.
00:47Beliau turut memberi amaran bahawa Houthi akan terus bertindak balas terhadap sebarang sekatan atau peningkatan operasi ketenteraan.
00:53Sementara itu, jurucakap Pakatan Tentera Pimpinan Arab Saudi, Turki Al-Maliki menolak dawaan tersebut dan menyifatkannya sebagai mengelirukan.
01:02Beliau berkata Houthi cuba mengalihkan perhatian daripada kerugian yang dialami serta kemarahan rakyat terhadap tindakan kumpulan itu.
01:11Konflik Yaman terus meruncin sejak Houthi mengumumkan sekatan laut terhadap Arab Saudi pada Julai lalu dan meningkatkan serangan ke atas
01:18infrastruktur tenaga negara berkenaan.

Recommended