Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Misi kemanusiaan Amal4Afghan kelolaan Yayasan Amal Kelantan mengagihkan selimut tebal dan makanan kepada mangsa gempa bumi di Chawki, Kunar, sebagai persediaan mendepani musim sejuk ekstrem.
Transcript
00:00Setahun selepas tragedi gempa bumi melanda wilayah Kuna di Afganistan, ribuan mangsa masih terpaksa mendiami kemah perlindungan sementara di daerah
00:10Chowkeh, kira-kira 8 jam perjalanan dari ibu negara Kabul.
00:14Situasi semakin mendesak apabila dalam tempoh kurang sebulan, penduduk terbabit kekal berdepan musim sejuk ekstrim dengan suhu yang dijangka menurun
00:24ke paras beku.
00:25Perhatian dengan kesengsaraan mereka, rakyat Malaysia menerusi misi kemanusiaan Amal for Afgan yang digerakkan oleh Yayasan Amal Kelantan dan Sokongan
00:37Kerajaan Negeri telah menyalurkan bantuan makanan dan selimut tebal.
00:44Agihan barangan bantuan disempurnakan di sebuah kem penempatan sementara di daerah Chowkeh menerusi kerjasama wakil kerajaan tempatan Emirah Islam Afganistan.
00:55Bantuan pada hari ini kita fokuskan kepada agihan selimut tebal ataupun gebar bagi keluarga-keluarga yang masih mendekam di dalam
01:03kemah-kemah pelindungan akibat daripada gempa bumi pada tahun lepas
01:07supaya mereka, 200 keluarga yang kami bantu pada pagi ini akan dapat menggunakannya sepanjang musim dingin nanti.
01:14Bencana gempa bumi berkurang 6 pada skala Richter pada 1 September tahun lalu telah meragut lebih 2,200 nyawa selain
01:22membusnahkan ribuan kediaman serta menjejaskan lebih 80,000 penduduk di wilayah Kunar, Langarhar dan Khos.
01:29Afganistan yang baru keluar daripada berlenggu konflik lebih 4 dekad pasca pengunduran tentera Amerika Syarikat pada 2021
01:35kini bukan sahaja berdepan sekatan ekonomi malah terus dihimpit cabaran bencana alam seperti banjir dan gempa bumi.
01:43Terdahulu pasukan misi amal for Afgan turut mengagihkan bekalan makanan ruji berupa roti kepada 100 keluarga miskin di daerah kampani
01:52pinggir Kabul.
02:02Inisiatif berterusan badan bukan kerajaan Malaysia itu diharap dapat meringankan beban kemanusiaan yang ditanggung rakyat Afganistan
02:09terutamanya golongan rentan menjelang ketibaan musim sejuk.

Recommended