Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Purata bil tenaga tahunan isi rumah dijangka meningkat kepada hampir 2,000 paun pada suku pertama tahun depan.
Transcript
00:00Kenaikan harga tenaga dan bahan api di Britain meningkatkan kos isi rumah serta perniagaan sekaligus menambah tekanan inflasi di negara
00:09itu.
00:09Firma penyelidikan tenaga Cornwall Insight meramalkan harga tenaga Britain meningkat 16% pada suku pertama tahun depan iaitu kenaikan suku
00:19tahunan terbesar sejak 2023.
00:24Kenaikan itu dijangka meningkatkan purata bil tenaga tahunan bagi sebuah isi rumah daripada 1,723 pound kepada hampir 2,000
00:32pound.
00:33Hasil runcit diesel pula meningkat kepada 1.99 pound seliter iaitu kenaikan terkumpul hampir 40% sejak akhir Februari.
00:41Persatuan pemotoran Britain RAC menjangkakan harga diesel melepasi 2 pound seliter dalam beberapa hari akan datang sekaligus meningkatkan kos pengangkutan
00:51dan logistik.
00:53Kadar inflasi tahunan Britain meningkat kepada 3.1% pada Ogos dengan kenaikan harga bahan api kenderaan menjadi antara penyumbang
01:00utama.
01:01Tekanan itu menyusul gangguan bekalan gas asli yang dikaitkan dengan ketegangan di Asia Barat sekaligus menimbulkan kebimbangan inflasi akan terus
01:09meningkat.
01:11Terima kasih kerana menonton!

Recommended