Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Seorang pelancong wanita warga China meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika aktiviti snorkel di Pulau Pom Pom. Polis menjalankan siasatan lanjut dan mengingatkan pengusaha pelancongan agar mengutamakan aspek keselamatan.
Transcript
00:00Seorang pelancong wanita warga China meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika aktiviti selam snorkel bersama keluarganya di pulau perairan
00:09Pulau Pompom Semporna pada Ahad.
00:12Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 66 tahun dari Yunan dilaporkan mengadu tidak selesa sebelum meminta dibawa
00:20naik ke atas bot.
00:23Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiyap Wah berkata sebaik berada di atas bot mangsa tidak sedarkan diri.
00:31Usaha memberikan bantuan pernafasan CPR tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Mangsa dibawa ke hospital Semporna.
00:40Hiyap Wah berkata pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa yang mempunyai sejarah penyakit asma sejak 10 tahun lalu meninggal dunia.
00:47Bagaimanapun katanya siasatan masih dijalankan, bagi mengenalpasti keadaan sebenar, sehubungan itu menasihatkan pengusaha pelancongan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan khususnya ketika
01:00aktiviti rekreasi air.
01:01Polis turut meminta saksi mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai
01:10penyiasat, Asisten Superintenden Muhammad Ali Ahmad.

Recommended