Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
MSN mengekalkan kepercayaan terhadap Azizulhasni Awang menerusi program Olympic Pathway selepas kejayaan cemerlang di Sukan Asia 2026, sebagai sebahagian persiapan menghadapi Olimpik Los Angeles 2028.
Transcript
00:01Jago berbasikal trek negara Dato' Mahmud Azizul Hasni Awang terus mendapat kepercayaan Majlis Sukan Negara MSN apabila disenaraikan dalam program
00:10Olympic Pathway sebagai persediaan menghadapi Sukan Olympic Los Angeles 2028.
00:16Ketua Pengarah MSN Jeffrey Ngadirin berkata Azizul Hasni antara atlet yang telah dikenalpasti untuk diberikan tumpuan menerusi laluan persediaan itu
00:25dengan perancangan khusus akan dilaksanakan bersama Persatuan Sukan Terbabit.
00:32Jeffrey berkata MSN sebelum ini telah mengadakan perbincangan dengan Persatuan Sukan yang terlibat bagi memastikan setiap Sukan mempunyai program tersendiri
00:41dalam menyediakan atlet untuk bersaing di LA28.
00:44Beliau pada masa sama mengucapkan tahniah kepada pelumba yang diberi jolokan The Pocket Rocketman itu atas kejayaan meraih pingat emas
00:52acara Kairin pada Sukan Asia Aichi Nagoya 2026.
00:56Selain Azizul Hasni katanya Malaysia telah mempunyai prospek daripada Sukan Squatch yang berpotensi menyubang pingat emas pada termasya Olympic akan
01:05datang.
01:06Azizul Hasni 38 tahun meraih emas acara Kairin dan Gangsa bagi pecut di Aichi Nagoya 2026 sekaligus menutup penyertaannya sepanjang
01:15Sukan Asia dengan koleksi 3 emas, 1 perak dan 2 gangsa.
01:20Kejayaan di Aichi Nagoya turut mengukuhkan kedudukannya sebagai antara sandaran utama negara dalam usaha memburu kejayaan di pentas Olimpi LA28.

Recommended