Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Rangkuman korporat kali ini menyoroti pengendali Palace of the Golden Horses yang berdepan petisyen penggulungan melibatkan tuntutan RM312,653, Central Global merancang menerbitkan sukuk mudharabah sehingga RM500 juta, manakala Adnex Group memperoleh kontrak RM14.19 juta daripada Bursa Malaysia bagi kerja pengubahsuaian pejabat di Exchange Square.

Category

🗞
News
Transcript
00:08Golden Horse Palace Berhad GHPB, anak syarikat Country Heights Holdings Berhad yang mengendalikan Palace of the Golden Horses di The
00:16Minds berdepan petisyen pergulungan
00:18libatkan tuntutan RM312,653 susulan dua keputusan Mahkamah Perusahaan yang belum diselesaikan.
00:27Petisyen itu difalkan di Mahkamah Tinggi Sya'alam pada 22 September dan diserahkan kepada GHPB pada 1 Oktober.
00:35Jumlah tuntutan merangkumi RM279,510 perhakiman dan kira-kira RM33,143 faedah dengan faedah terus terkumpul RM62.26 sehari selepas
00:4822 September.
00:49Sebelum petisyen difalkan, GHPB menerima tuntutan berkanun pada 21 Julai untuk menyelesaikan jumlah tertunggak dalam tempoh 21 hari.
01:00Menurut petisyen, syarikat itu gagal membayar, menjamin atau menyelesaikan jumlah perkenaan dalam tempoh ditetapkan.
01:07Tiada perintah pergulungan dibuat setakat ini dan perdegaran petisyen ditetapkan pada 8 Desember 2026.
01:13GHPB yang dimiliki 80.9% oleh Country Heights kini mendapatkan nasihat undang-undang dan mempertimbangkan langkah untuk melindungi kepentingannya.
01:23Country Heights mempunyai pelaburan kira-kira RM219 juta dalam GHPB dan berkata petisyen itu tidak dijangka memberi kesan material serta
01:32-merta terhadap operasi kumpulan.
01:35Central Global Berhad CGB merancang menerbitkan suku muda hadrabah bernilai sehingga RM500 juta bagi membiayai aktiviti pelaburan, perbajaan modal dan
01:46keperluan modal kerja kumpulan.
01:48Program suku itu mempunyai tempoh sehingga 99 tahun daripada tarikh terbitan pertama dengan terbitan awal dijangka dibuat dalam tempoh 90
01:57hari bekerja selepas dokumen dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
02:01Hasil terbitan turut boleh digunakan untuk membiayai semula atau membayar balik perbiayaan Islam sedia ada dan akan datang setelah pinjaman
02:09konvensional tertunggak dengan semua penggunaan dana perlu mematuhi prinsip syariah.
02:14Kenangan investment bank Berhad dilantik sebagai penasihat utama, pengatur utama, pengurus utama dan ejen kemudahan selain bertindak sebagai penasihat syariah
02:23bagi program suku itu.
02:26Adnex Group Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya Adnex Interior Solutions dan Berhad memperoleh kontrak bernilai RM14.19 juta daripada
02:35Bursa Malaysia Berhad bagi kerja pengubahsuaian pejabat di Exchange Square.
02:40Projek itu melibatkan kerja pengubahsuaian di aras 6, 14 dan 15 bangunan utama Exchange Square dengan tempoh pelaksanaan kira-kira
02:483 bulan dan disasarkan siap pada suku keempat 2026.
02:52Adnex berkata kontrak berkenaan selari dengan usaha kumpulan menambah projek baharu dan memperluas buku tempahannya selain dijangka menyumbang secara positif
03:02kepada pendapatan serta aset bersih kumpulan.
03:05Projek itu merupakan sebahagian daripada aktiviti peniagaan biasa Adnex Interior dan tidak memerlukan kelulusan pemegang saham atau pihak berkuasa kawal
03:14selia lain.

Recommended