00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan kata-kata semangat dan mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad Harimau Malaya yang
00:08akan menentang Vietnam petang ini.
00:10Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mahu barisan pemain negara berjuang dengan penuh semangat dan memberikan aksi terbaik demi kebanggaan lencana
00:20di dada.
00:21Beliau berkata seluruh rakyat Malaysia bersama Harimau Malaya sambil berharap perlawanan itu tidak memerlukan masa tambahan yang terlalu panjang.
00:29Skuad negara dijadualkan berdepan Vietnam dalam aksi penentuan tempat ketiga Piala ASEAN FIFA 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta
00:38pada 5 petang waktu Malaysia.
00:40Malaysia sebelum ini membenam Singapura 6-0 dalam aksi terakhir kumpulan A namun keputusan itu belum mencukupi untuk membawa skuad
00:49negara ke final.
00:50Malaysia dan Indonesia berkongsi tujuh mata serta perbezaan sembilan gol namun skuad Garuda muncul juara kumpulan berdasarkan jumlah jaringan lebih
01:00tinggi.
01:01Indonesia akan menentang Thailand dalam perlawanan akhir di venue sama pada lapan malam ini.
01:06Jangan lupa untuk mencukupi untuk mencukupi.
01:09Jangan lupa untuk mencukupi untuk mencukupi.