00:00MOT dan JBJ telahpun mengambil beberapa langkah sejak bulan Mei yang lalu bagi mendapatkan semula kutipan hasil berkenaan termasuk mengadakan
00:09empat sesi libat urus bersama semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Kewangan dan mengeluarkan 35 kali notis peringatan serta menetapkan tempoh
00:23penyelesaian tunggakan tersebut.
00:24Pada 21 Ogos 2026 pihak syarikat telah menyerahkan satu cek bertarikh 30 September 2026 bernilai 231 juta ringgit sebagai penyelesaian
00:41tunggakan pada ketika itu.
00:43Ketika itu tunggakannya dalam lingkungan 231 juta ringgit. Dia bagi satu cek post dated 30 September.
00:52Walaubagaimanapun, apabila cek tersebut dikreditkan pada 30 September iaitu beberapa hari lalu, pihak bank tidak memproses cek tersebut atas arahan
01:03pihak syarikat tersebut.
01:05Justeru pihak MOT dan JBJ terpaksa mengambil langkah drastik untuk menggantung perkhidmatan pembayaran menggunakan saruran MyEG dan Cetric AI bermula
01:165 Oktober 2026 iaitu hari ini.
01:19Ingin ditegaskan bahawa keputusan penggantungan ini tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan JBJ kepada rakyat.
01:27Urus niaga berkaitan akan terus tersedia melalui saruran alternatif termasuk aplikasi MyJPJ, kota awam JBJ, kaunter dan kiosk JBJ serta
01:39saruran lain yang ditetapkan oleh jabatan.
01:40Bagi pembayaran saman melibatkan bukan warga negara Malaysia, terutamanya di pintu masuk sempatan Malaysia-Singapura, JBJ akan menyediakan kemudahan pembayaran
01:51melalui kaunter mobile JBJ
01:53yang ditempatkan di kompleks Sultan Abu Bakar dan bangunan Sultan Iskandar, Johor dari jam 8 pagi hingga 10 malam.
02:03Langkah ini bagi memastikan urusan pembayaran saman dapat dilaksanakan dengan lancar di kedua-dua pintu masuk perkenaan.
02:10Bagi pelaksanaan ujian teori KPP-01, JBJ telah menyediakan saruran melalui 85 institut memandu yang diluruskan untuk melaksanakan ujian berkomputer.
02:23Sekaligus memastikan calon dapat meneruskan urusan tanpa bergantung kepada pusat ujian yang dikendalikan melalui MyEG.
02:31MOT dan JBJ turut akan mengambil tindakan perundangan yang sewajarnya bagi mendapatkan semula keserohan tunggakan kutipan hasil kerajaan daripada MyEG.
02:40Kerajaan memandang serius sebarang ketidakpatuhan dalam pengurusan dan pemindahan hasil awam serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang
02:50gagal memenuhi tanggungjawab berkaitan wang kerajaan.
02:52MOT dan JBJ akan terus memastikan kepentingan rakyat kekal dilindungi dan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sama sekali.