Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kerajaan perlu mengimbangi keperluan membantu rakyat dengan kemampuan kewangan negara menerusi bantuan dan subsidi lebih bersasar, sambil mengekalkan disiplin fiskal bagi melindungi keyakinan pelabur, kestabilan ringgit dan ekonomi.
Transcript
00:00Dalam keadaan kos sari hidup dan ketidaktentuan global yang masih memberi tekanan, kerajaan perlu mengimbangi keperluan membantu rakyat dengan memastikan
00:09kedudukan kewangan negara kekal mampan.
00:12Ketua Ekonomi Bank Muhammad Al-Malaysia Berhad Dr. Muhammad Afzal Niza Abdul Rashid berkata, kemampuan kewangan kerajaan mempunyai had dan
00:20dalam masa sama bantuan kerajaan kepada rakyat kekal menjadi keutamaan.
00:28Menurut beliau, bantuan perlu disasarkan dengan lebih baik berdasarkan keperluan rakyat dan kemampuan semasa kerajaan, khususnya bagi memastikan golongan pertengahan
00:37serta rentan terus mendapat pelindungan.
00:40Menurutnya, disiplin fiskal juga amat penting kerana pelabur sentiasa menilai komitmen kerajaan dalam menguruskan kewangan negara.
00:47Kerana kerajaan mahu juga pada masa sama untuk menunjukkan komitmen yang mereka ini adalah sangat berdisiplin daripada kewangan kerana pemegang
01:00taruh yang lain pula seperti para pelabur sentiasa akan memahati disiplin kewangan kerajaan.
01:07Kerana sekiranya disiplin kewangan kerajaan itu tidak dipilih hara, risikonya dia akan bagi kesan kepada prestasi pasaran modal, terutamanya pasaran
01:15bond dan juga pasaran saham.
01:18Kerana kita tahu bahawa penyertaan dalam pasaran tersebut oleh pelabur asing itu utamanya, amat signifikan.
01:26Tambah beliau dalam persekitaran harga minyak yang tinggi, termasuk sekiranya harga kekal sekitar $100 setong, kerajaan juga perlu mempunyai struktur
01:34kewangan yang jelas bagi menangani peningkatan kos.
01:38Antara pendekatan yang boleh dilaksanakan ialah peralihan daripada subsidi bahan api secara meluas kepada bantuan lebih bersasar dengan tumpuan kepada
01:46golongan yang benar-benar memerlukan.
01:48Afzal Nizam turut berkata sebarang perubahan dasar juga perlu disertai komunikasi yang jelas kepada rakyat dan pemegang taruh supaya rasional
01:57serta mekanisme pelaksanaannya dapat difahami.
02:01Pendekatan itu penting bagi memastikan kerajaan dapat melindungi kumpulan yang memerlukan pada masa sama mengekalkan disiplin fiskal dan keyakinan terhadap
02:10pengurusan ekonomi negara.

Recommended